PUSAT MAKLUMAT KESELAMATAN PEMBINAAN

 PENGISIAN LAPORAN KPI SHO

(10 Januari 2022 - Hari Ini)

 PENGISIAN SENARAI SEMAK BAHAYA 

(10 Januari 2022 - Hari Ini)

Info Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

PANDUAN PEMERIKSAAN LAPANGAN (PPL) - PPL-BKTB 01/23

HAD PENGGUNAAN KOMPONEN PERANCAH KERANGKA KELULI SEBAGAI PENYANGGA (FALSEWORK)

MS 1462-1 menetapkan bahawa perancah kerangka keluli tidak mencakupi penggunaannya sebagai penyangga atau penyokong pembinaan struktur acuan. Oleh itu, komponen perancah kerangka keluli tidak sesuai digunakan sebagai penyangga atau penyokong pembinaan struktur acuan.

Maklumat lanjut

SOALAN LAZIM

Please advise any other safety and health legal requirements related to working at height in factory besides regulation 12 of Factories and Machinery (Safety, Health and Welfare) Regulations 1970, section 15 and 24 of Occupational Safety and Health Act 1994.

If you carry out any maintenance, repair, renovation or any other works of your building in your factory (office etc.) or any structure, these works are defined as building operations or works of engineering construction. As such you must also comply with the Factories and Machinery (Building Operations and Works of Engineering Construction) (Safety) Regulations 1986. There are spesific requirements related to certain work activities or plants in these regulations such as cleaning, repairing and maintenance of roos, gutters, windows, louvres and ventilators (Part V), Safety belts and nets (Part VII), Runways and ramps (Part VIII), Ladders (Part IX), and Scaffolds (Part X), which may be related to working at height.

If you use any hoisting machinery to work at height, then you must also ensure the Factories and Machinery (Notification, Certificate of Fitness and Inspection) Regulations 1970 are complied.

You should also refer to the Guidelines for the Prevention of Falls at Workplaces 2007 to help you decide the safest way to carry work at height.

Please advise any safety and health legal requirements related to use of scissor lift for working at height and whether use of harness and lifeline are required at the scissor lift that has handrail.

Before a scissor lift is used you must conduct risk assessment especially on risks of people falling from or being thrown from the carrier, or the scissor lift overturning, and take precautions to eliminate or control those risks.

 

Before work starts make sure that:

 

When using scissor lift:

 

If there is still a residual risk of impact or people falling after you have assessed the risks and put control measures in place, then the use of fall protection equipment should be considered, eg:

 

In practice, wearing a harness with a short work-restraint lanyard provides the most suitable form of personal fall protection as it stops the wearer from getting into a position where they could fall from the carrier in the first place (unless it is a scissor lift overturn). In this system, the harness does not normally have shock- absorbing capability and must be fixed to a suitable anchor point inside the carrier/basket.


Kompetensi Perancah 

Kompetensi perancah di Malaysia diperkenal oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) melalui pendaftaran pengendali perancah pada tahun 1997. Kompetensi perancah dikelaskan kepada tiga tahap kompetensi iaitu:1. Asas2. Pertengahan3. Tertinggi
Buat masa ini, pendaftaran kompetensi perancah hanya terhad kepada pengendali perancah. Kompetensi ini boleh diperoleh dengan hadir dan lulus peperiksaan bagi kursus pengendali perancah yang dijalankan oleh pusat pengajar yang diiktiraf oleh JKKP. Sehingga 2022, terdapat 26 pusat pengajar yang telah diiktiraf oleh JKKP untuk menjalankan kursus pengendali perancah pada kompetensi yang tertentu. Senarai lengkap pusat pengajar dan jadual kursus boleh dirujuk melalui pautan ini: https://www.oshcdm.com/kerja-perancah

Kompetensi perancah asas

  1. Perancah bebas (independent)
  2. Perancah menara bergerak atau perancah menara yang boleh digerakkan di atas roda atau alat luncur
  3. Perancah menara statik 
  4. Perancah sangkar burung (birdcage)
  5. Perancah satu talian/ perancah putlog
  6. Perancah kekuda

Kompetensi perancah pertengahan 

  1. Perancah katir (outrigger
  2. Perancah julur (cantilever
  3. Lerengan (ramp)
  4. Platform tadah
  5. Kipas pelindung (protection fan)
  6. Perancah gantri

Kompetensi perancah tertinggi

  1. Perancah buaian
  2. Perancah gantung
  3. Perancah gantung statik (hung)

Tiub keluli

Tiub keluli biasanya dibekalkan dengan panjang sehingga 6.4 m (21 kaki).  Kemudian, tiub boleh dipotong kepada panjang yang dikehendaki. 

Piawai

Tiub keluli hendaklah dibuat menepati piawai tertentu. Peraturan 91 BOWECS menetapkan bahagian-bahagian perancah yang digunakan untuk pembinaan perancah tiub hendaklah daripada tiub keluli yang mematuhi kehendak BS 1139. Walaupun piawai BS 1139 telah dimansuhkan, penggunaan tiub BS 1139 masih dibenarkan. Selain itu, terdapat juga tiub yang dibina berdasarkan piawai yang terbaharu, iaitu BS EN 39. 

Sifat struktur

Tiub-tiub yang diperbuat berdasarkan piawai BS 1139 dan BS EN 39 mempunyai diameter luaran yang sama, iaitu 48.3 mm, dan tebal dinding namaan minimum (minimum nominal wall thickness) yang sama, iaitu 4 mm. Kekuatan reka bentuk tiub adalah 235 N/mm2. Tiub-tiub ini juga dipanggil type 4 steel tube.

Tandaan

Type 4 steel tube yang dibuat berdasarkan BS EN 39 boleh dikenal pasti oleh tandaan pada tiub pada sela jarak 1.5 m: ‘EN 39’ diikuti oleh nama pembuat dan nombor ‘4’, yang menunjukkan tebal dinding namaan minimum.

Tebal dinding namaan minimum yang berbeza

Penggunaan tiub yang mempunyai tebal dinding namaan nominal selain daripada 4 mm hendaklah dielak diguna bersama dengan type 4 steel tube, walaupun keduanya mempunyai diameter luaran yang sama, iaitu 48.3 mm. Contohnya, terdapat juga tiub keluli yang dibuat berdasarkan BS EN 10210-1 atau BS EN 39 yang mempunyai tebal dinding namaan minimum 3.2 mm. Selain itu, terdapat juga tiub yang dibuat berdasarkan BS EN 39 yang mempunyai tebal dinding namaan minumum 2 mm yang hanya boleh digunakan sebagai pelindung sisi (side protection).

Penyambung (Couplers)

Struktur perancah tiub dan pemasang (tube and fiting scaffolding) dipasang dengan menyambungkan tiub-tiub dengan penyambung. Jenis utama penyambung perancah yang biasa digunakan adalah seperti Rajah 1 - 3. Menepati kehendak peraturan 92 BOWECS, penyambung telah direka bentuk supaya tiada bahagian yang boleh diceraikan.


Piawai pembuatan bagi penyambung

Peraturan 93 BOWECS menetapkan pembuatan penyambung hendaklah daripada keluli penempaan timpa yang mematuhi kehendak piawai BS 1139. Walau bagaimanapun, piawai BS 1139 yang ada pada masa ini hanya menetapkan pembuatan penyambung aluminium, dan merujuk kepada piawai EN 74 bagi pembuatan penyambung keluli.


Oleh itu, kebanyakan penyambung keluli yang biasa digunakan sekarang dan biasa ditemui di tapak bina adalah yang dibuat berdasarkan piawai EN 74. Namun begitu, penyambung keluli yang dibuat berdasarkan piawai BS 1139 masih boleh digunakan dan juga biasa ditemui di tapak bina.

Kelas galas beban (load-bearing) penyambung

Peraturan BOWECS tidak menetapkan secara khusus kelas galas beban yang sesuai bagi setiap aktiviti kerja. Peraturan 72 BOWECS secara umum menetapkan bahan yang digunakan untuk pembinaan perancah hendaklah sesuai dan baik dan mempunyai kekuatan yang mencukupi bagi aktiviti kerja yang hendak dijalankan. Secara khusus, kelas galas beban penyambung hendaklah dirujuk kepada BS 1139 (yang digantikan oleh EN 74), seperti yang ditetapkan dalam peraturan 91 BOWECS. 


Penyambung yang dibuat mematuhi kehendak piawai EN 74 boleh dikenal pasti dengan tandaan yang dibekas/tekan (impressed) atau ditimbulkan (embossed) pada badan penyambung. Tandaan ini juga mengandungi nama pembuat dan tahun ianya dibuat.


Tandaan juga menyatakan kelas galas beban bagi penyambung, sama ada ‘A’ atau ‘B’. Penyambung kelas A menepati kekuatan minimum yang ditetapkan oleh piawai EN 74, manakala kelas B menepati kehendak yang lebih ketat, dan mempunyai kekuatan dan kekukuhan (stiffness) yang lebih tinggi.

Penjagaan penyambung

Penyambung dibuat dengan kaedah menempa timpa keluli. Penyambung juga digalvani atau disadur dengan zink untuk mencegah pengaratan. Semua penyambung haruslah disenggara dan diperiksa sebelum digunakan untuk memastikan nat dan bolt boleh digerakkan dengan lancar dan mempunyai pelinciran yang mencukupi. 

Peraturan 74 BOWECS menetapkan semua bahan yang akan digunakan untuk pembinaan perancah diperiksa oleh orang yang ditetapkan (designated person) setiap kali sebelum ia digunakan. Penyambung haruslah dipasang mengikut arahan pembuat, termasuk menggunakan sepana (spanner) atau perengkuh (wrench) podger yang sesuai.

Scaffold: Definition & Terminology

Access and working scaffolds” or simply “working scaffold” – temporary construction, which is required to provide a safe place of work for the erection, maintenance, repair or demolition of buildings and other structures and for the necessary access


A – Principal guard rail height of at least 1,000 mm, measured from the top of the platform to the top of the guard rail

B – Platform unit (unit either prefabricated or otherwise that supports a load on its own and which forms the platform or part of the platform and may form a structural part of the working scaffold) 

Platform – one or more platform units in one level within a bay

C – Transom – Horizontal member normally in the direction of the smaller dimensions of the working scaffold

D – Bracing in vertical plane (longitudinal diagonal), (facade bracing)

E – Coupler – Device used to connect two tubes

F – Bracing in vertical plane (transverse diagonal)

G – Foot lift is a structural lift at the foot of the scaffold

H – Typically around 300 mm above the base plates 

ISole boards – Boards placed under the base plates to support the scaffold on soft ground

J Base plate – Plate used for spreading the load in a standard over a greater area

Base jack is a base plate which has a means of vertical adjustment

K – Ledgers – Horizontal tubes fixed above the ledgers with putlog couplers, supporting the platform

L – Standard – Vertical tubes supporting the scaffold structure, founded on base plates

M – Toe boards – Upright boards fixed at the edges of platforms to prevent materials or workers’ feet from slipping from the platform

N – Intermediate guard rail

O – Puncheon

P – Pivoting guard rail


Sudah Jatuh Ditimpa Penyangga

Khidmat Runding dan Konsultasi Perancah: Penambahbaikan Berterusan KKP Industri Perancah Negara

OSHCIM: Pemegang Kewajipan dan Peranan Mereka

PERANAN SEMASA FASA PRA-PEMBINAAN

PERANAN SEMASA FASA PEMBINAAN

PERANAN SEPANJANG LANTIKAN

PERANAN SEMASA INSEPSI PROJEK

PERANAN SEMASA FASA PEMBINAAN

PERANAN SEPANJANG LANTIKAN

PERANAN SEPANJANG LANTIKAN

PERANAN SEMUA TENAGA KERJA

Dasar Keselamatan dan Kesihatan

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) mewajibkan majikan untuk menyediakan, secara bertulis, dasar keselamatan dan kesihatan (DKK). DKK menyatakan pendekatan majikan terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP). 

DKK menerangkan bagaimana majikan mengurus KKP di tempat kerja dengan menyatakan dengan jelas pekerja yang telah dilantik untuk buat apa, bila dan bagaimana. 

 

AKKP menetapkan tiga perkara utama yang perlu terkandung dalam DKK iaitu pernyataan dasar am, organisasi dan perkiraan. Majikan juga dikehendaki, seberapa kerap yang sesuai, mengkaji semula DKK. 


Majikan hendaklah maklumkan DKK kepada semua pekerjanya. Pemakluman semula hendaklah dilaksanakan jika terdapat perubahan kepada DKK.

Pernyataan dasar am

Pernyataan dasar am termasuklah komitmen terhadap pengurusan KKP dan sasaran yang hendak dicapai

Organisasi


Organisasi menyenaraikan nama, jawatan dan peranan pekerja yang dilantik untuk melaksana dan menepati komitmen KKP

Perkiraan 


Perkiraan merupakan perkara praktikal yang akan dilaksanakan untuk mencapai sasaran pengurusan KKP

Sistem Kerja Selamat

Definisi

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 menetapkan kewajipan majikan untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua pekerjanya. Antara perkara utama yang terangkum dalam kewajipan ini adalah berkaitan pengadaan dan penyenggaraan sistem kerja selamat.

Sistem kerja selamat adalah suatu prosedur formal yang menilai kerja secara terperinci untuk mengenal pasti semua hazard yang mungkin wujud dan kemudian menentukan kaedah kerja selamat yang mengurang atau mengawal risiko kerja.

Sistem kerja selamat biasanya diterjemahkan sebagai safe method of work, safe operating procedure, standard operating procedure, operating procedures, method statement, safe working procedure, plan of work atau safe statement. Permit-to-work (PTW) juga adalah sistem kerja selamat yang lebih spesifik dan formal.


Pengenalan

Sistem kerja selamat adalah asas kepada pencegahan kemalangan. Sistem kerja selamat


Pelan Kerja Angkat

Kontraktor/majikan hendaklah memastikan semua kerja angkat dirancang, dengan mengambil kira semua risiko KKP, supaya ianya dapat dilaksanakan dengan selamat. 

Bagi tujuan ini kontraktor/majikan hendaklah melantik pekerja yang mempunyai pengetahuan praktikal dan teoretikal dan pengalaman yang mencukupi berkenaan kerja angkat yang akan dibuat supaya pelan kerja angkat yang sesuai dapat disediakan sebelum kerja angkat bermula. 

Pelan kerja angkat haruslah mengandungi perkara-perkara berikut supaya kerja angkat dibuat dengan selamat.